Bubuk kopi dibancuh melalui 3 fasa untuk mendapat produk akhir yang sempurna. Fasa pertama, air 140 - 180 Celsius disalurkan ke biji kopi untuk mengeluarkan komponen yang sukar dielstrak seperti Karbohidrat. Kemudian, biji kopi dirawat dengan sel sejuk 100 Celsius untuk mengekstrak unsur-unsur rasanya. Dalam fasa akhir, produk tersebut dihantar untuk melalui penukar bersuhu 5 Celsius untuk proses penyejukan.
Ini adalah proses penyaringan produk untuk membuatnya lebih pekat dengan membuang air yang berlebihan. Ini menjamin rasa kopi yang dihasil adalah dalam keadaan optimum.
Proses ini mengumpulkan rasa-rasa kopi yang hilang semasa proses pembuatan untuk kegunaan masa depan. Unsur-unsur yang dikumpulkan termasuk gas aromatik dan minyak kopi yang hilang sepanjang proses pemanggangan. Seterusnya, oksigen dikeluarkan daripada ekstrak tersebut untuk mengekalkan aroma kopi.
Kaedah pengeringan semburan atau pengeringan beku kemudian digunakan untuk menukar ekstrak kopi pekat daripada bentuk cecair kepada bentuk serbuk kering.
Volatil aromatik yang telah dikumpul kini disembur ke atas serbuk kopi untuk memulihkan aroma dan memberi serbuk kopi rasanya yang optimum.
Serbuk kopi hendaklah dibungkus dalam keadaan kering dan kandungan oksigen rendah dengan menggunakan bekas tahan kelembapan kerana cirinya yang mudah menyerap air. Persekitaran yang kering diperlukan untuk mengelakkan kehilangan aroma dan rasanya.
PROSES PENGHASILAN PRODUK
Dari penyediaan idea sehingga pelancaran produk.
Sejarah, budaya dan pemandangan kafe yang sedang berkembang pesat adalah tiga elemen untuk menggambarkan Bandaraya Bersejarah Melaka. Minat masyarakat Melaka terhadap kopi tidak pernah surut. Budaya kafe telah berkembang pesat di seluruh kota terutama di pusat tumpuan pelancong di sekitar Jonker Street. Berkat warisan kolonial dan budaya peranakan Baba dan Nyonya, Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka Bandaraya Bersejarah adalah antara tempat yang kian popular dan berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai. Element sejarah Portugis, Belanda dan British dikekalkan dalam bentuk sedia ada. Dengan kata lain, Melaka kelihatan seperti muzium yang besar.
No products in the cart.