Kopi Tradisi Sdn Bhd komited untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan sentiasa mematuhi Piawaian Halal Malaysia.
Kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan Kopi Tradisi Sdn Bhd.
Membekalkan produk yang dapat memenuhi kehendak pelanggan adalah nilai teras kami.
Produk Kopi Tradisi Sdn Bhd mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sejarah, budaya dan pemandangan kafe yang sedang berkembang pesat adalah tiga elemen untuk menggambarkan Bandaraya Bersejarah Melaka. Minat masyarakat Melaka terhadap kopi tidak pernah surut. Budaya kafe telah berkembang pesat di seluruh kota terutama di pusat tumpuan pelancong di sekitar Jonker Street. Berkat warisan kolonial dan budaya peranakan Baba dan Nyonya, Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka Bandaraya Bersejarah adalah antara tempat yang kian popular dan berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai. Element sejarah Portugis, Belanda dan British dikekalkan dalam bentuk sedia ada. Dengan kata lain, Melaka kelihatan seperti muzium yang besar.
No products in the cart.