Kopi merupakan salah satu hasil kebudayaan Melaka sejak dahulu lagi. Ia bukan hanya sekadar minuman tetapi juga karya seni. Kopi dianggap sebagai minuman premium sejak biji kopi yang berkualiti tinggi diperkenalkan. Untuk menghasilkan secawan kopi yang mempunyai keseimbangan di antara rasa dan aroma, Kopi Tradisi Sdn Bhd masih mengekalkan cara pembuatan kopi dengan kaedah tradisional. Sebagai syarikat produk kopi yang sedang berkembang pesat, Kopi Tradisi Sdn Bhd membekalkan produk minuman kopi, coklat, teh tarik dan mesin kopi kepada rangkaian kedai serbaneka dan agensi pelancongan.
Visi Kami : Kami berusaha untuk mendapatkan bekalan biji kopi yang berkualiti tinggi dan memberikan pengalaman kopi asli dan tempatan sepenuhnya ke serata dunia.
Misi Kami : Kami berdedikasi untuk membekalkan produk kopi asli yang segar untuk memenuhi citarasa penggemar kopi.
Sejarah, budaya dan pemandangan kafe yang sedang berkembang pesat adalah tiga elemen untuk menggambarkan Bandaraya Bersejarah Melaka. Minat masyarakat Melaka terhadap kopi tidak pernah surut. Budaya kafe telah berkembang pesat di seluruh kota terutama di pusat tumpuan pelancong di sekitar Jonker Street. Berkat warisan kolonial dan budaya peranakan Baba dan Nyonya, Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka Bandaraya Bersejarah adalah antara tempat yang kian popular dan berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai. Element sejarah Portugis, Belanda dan British dikekalkan dalam bentuk sedia ada. Dengan kata lain, Melaka kelihatan seperti muzium yang besar.
No products in the cart.